Polisi

POLISI KZ KAD KAHWIN

1. POLISI PENGESAHAN TEMPAHAN DAN CETAKAN

   Selepas setiap tempahan, KZkadkahwin.com akan melakukan proses rekebentuk dan mendapatkan pengesan pelanggan. Kerja cetakan hanya akan dibuat selepas menerima pengesahan terakhir daripada pelanggan. KZkadkahwin.com tidak akan bertanggung jawab untuk atas sebarang kesilapan ejaan atau lain-lain selepas pengesahan untuk cetakan dibuat. Untuk jadual jangka masa proses tempahan, sila rujuk kepada jadual proses tempahan yang dipaparkan di KZkadkahwin.com delivery

2. POLISI KUALITI CETAKAN DAN WARNA

   KZkadkahwin.com menggunakan pencetak digital dan offset untuk menghasilkan semua produk keluaran KZkadkahwin.com. Ketidakselarasan warna akan berlaku dalam setiap cetakan. Julat ketidakselarasan warna dalam cetakan produk akhir KZkadkahwin.com ialah 5%-10% daripada warna di sample cetakan.Warna melalui monitor atau skrin computer adalah berlainan dengan warna sebenar cetakan kerana format warna yang berbeza.Warna di skrin tidak boleh dijadikan ukuran perbandingan dalam menentukan perbezaan julat warna. Kualiti potongan akhir juga akan mempunyai julat standard cetakan iaitu +-1 inci

3. POLISI PEMULANGAN DAN PENUKARAN PRODUK

   Jika anda tidak berpuas-hati dengan barangan yang anda beli, anda boleh memaklumkan pihak KZkadkahwin.com dalam tempoh masa 3 hari selepas penerimaan dan memulangkan semula barangan tersebut dalam masa 7 hari selepas penerimaan (barangan perlu dibungkus-semula dalam pek asal seperti ketika penerimaan). Setiap produk yang dipulangkan atau diminta tukar perlu diserahkan sepenuhnya kepada KZkadkahwin.com.Pihak KZkadkahwin.com berhak untuk tidak menggantikan atau menukar produk yang gagal dipulangkan sepenuhnya .

4. BARANGAN KEHABISAN STOK

   Walaupun kami sedayaupaya akan memastikan kecukupan simpanan stok produk sedia-ada, masalah kehabisan stok mungkin akan berlaku. Jika ini berlaku, anda akan diberitahu melalui email atau sms.Jika anda tidak ingin menunggu sehingga stok ada, anda boleh membatalkan pesanan anda. Jika kami tidak menerima pembatalan pesanan anda sebelum penghantaran barangan dilakukan, kami menganggap anda bersetuju dengan penghantaran lewat. Jika kami tidak dapat menghantar barangan tersebut dalam masa 30 hari, pesanan anda akan dibatal secara otomatik dan pemulangan bayaran akan dilakukan. Jika sebahagian barangan dari pesanan anda telah dibatalkan, pemulangan bayaran akan dilakukan mengikut jenis barangan yang telah dibatalkan sahaja.

5. POLISI PRA-BAYAR & DEPOSIT

   Pembayaran boleh dilakukan secara deposit 50% atau bayaran penuh terus. Rekabentuk kad atau lain-lain produk tempahan hanya akan dibuat selepas bayaran dibuat. Penghantaran produk juga hanya akan dibuat selepas pembayaran anda disahkan. Baki 50% bayaran boleh dibuat ketika pengambilan produk atau sebelum penghantaran.

6. POLISI PENGHANTARAN

   Menjadi keutamaan kami untuk memastikan penghantaran produk kepada pelanggan dilakukan dengan baik. Semua penghantaran sekitar Semenanjung Malaysia akan dilakukan melalui syarikat kurier SKYNET manakala untuk Sabah dan Sarawak kami akan menggunakan khidmat POS MALAYSIA (Parcel Service Udara) Caj penghantaran kami untuk setiap barangan adalah berbeza (mengikut saiz dan berat) dan akan dinyatakan dengan jelas pada laman tempahan produk tersebut. Untuk senarai lengkap caj penghantaran sila rujuk di www.kzkadkahwin.com/cajpenghantaran.Kami akan memberi nombor Tracking SKYNET/POS PARCEL kepada anda apabila kami membuat penghantaran melalui email & sms. Barangan telah siap dijangka akan diterima pelanggan sekitar 2-3 hari bekerja/bergantung pada servis syarikat penghantaran . Kami juga tidak bertanggungjawab sekiranya salah memilih syarikat penghantaran .

7. POLISI PEMBATALAN TEMPAHAN & PEMULANGAN DEPOSIT

   Pembatalan tempahan dibenarkan jika produk masih belum dicetak dan caj pembatalan akan dikenakan. Berikut ialah jadual kos yang akan dikenakan atas pembatalan tempahan :
    1. Pembatalan tempahan sebelum kerja draf design dilakukan @ Caj DEPOSIT TIDAK DI KEMBALIKAN
    2. Pembatalan tempahan selepas kerja draf design dilakukan tetapi belum melibatkan kerja pembetulan @ Caj 40% daripada nilai tempahan
    3. Pembatalan tempahan semasa proses kerja pembetulan @ 60% daripada nilai tempahan

8. POLISI PENUKARAN ATAU PERUBAHAN DESIGN ASAL & PEMBUATAN REKAAN KHAS

   Semua produk KZkadkahwin.com ialah ‘100% Personalized Product’ yang mana semua rekabentuk asal KZkadkahwin.com boleh diubah warna ,tema, pilihan font, penambahan foto dan penambahan elemen rekaan daripada koleksi KZkadkahwin.com tanpa sebarang caj.Cetakan terus untuk rekaan yg dibuat oleh pelanggan sendiri juga tidak akan dikenakan caj tambahan. Caj tambahan Cuma akan dikenakan atas permintaan untuk merekebentuk produk pesanan khas daripada pelanggan yang tidak menggunakan pilihan rekaan asal KZkadkahwin.com. Untuk kondisi ini pelanggan perlu menyediakan imej/grafik/visual/lakaran untuk pereka KZkadkahwin.com membuat rujukan.Caj yang akan dikenakan ialah RM80.00.

9. POLISI ‘EXPRESS ORDER @TEMPAHAN SEGERA’

   KZkadkahwin.com mempunyai polisi ‘EXPRESS Order’ untuk membolehkan pelanggan memohon untuk mempercepatkan proses rekabentuk dan pembikinan produk mereka. Walaubagaimanapun, kebolehan untuk mempercepatkan proses melalui ‘rush order’ ini bergantung kepada konsisi pengeluaran dan beban semasa KZkadkahwin.com.Pihak KZkadkahwin.com berhak untuk menolak permintaan ‘EXPRESS Order’ daripada pelanggan dalam keadaan beban semasa yang tinggi.’Rush Order’ akan dikenakan caj berdasarkan caj semasa yang telah ditetapkan.

10. POLISI PENGIKLANAN LOGO JENAMA KZ WEDDING CARD

   Semua harga jualan rasmi produk KZkadkahwin.com ialah termasuk nilai pengiklanan jenama KZkadkahwin.com di produk tersebut.Cetakan logo KZkadkahwin.com di bahagian produk buatan KZkadkahwin.com adalah standard pengiklanan jenama KZkadkahwin.com.Pelanggan dibolehkan untuk tidak membenarkan KZkadkahwin.com mengiklankan logo di produk tempahan mereka dengan membuat bayaran tambahan 30% daripada nilai keseluruhan belian/tempahan produk.

11. POLISI TANGGUNGJAWAB SOSIAL SYARIKAT

   Semua harga pakej promosi yang diiklankan ialah berasaskan kepada ‘CSR’ syarikat bagi membantu kerajaan mengurangkan beban kos perbelanjaan perkahwinan rakyat Malaysia. Harga-harga pakej dan promosi yang diiklankan hanya sah untuk warganegara Malaysia sahaja.

 
My KzkadkahwinKzkadkahwinkad kahwin

Online Payment

KZ KAD KAHWIN
8602784877

Google+ Badge

Stats